.: Followers Ahmad Fauzi Aryaan:.

Click-Click...

Sunday, June 3, 2012

Pilihan terbaik atau tidak

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Bila melihat karikatur ni, patik baru tersedar dengan apa yang berlaku sepanjang patik menyambung pelajaran siperingkat Master ni. Sebelum nak habis belajar masa degree, patik telah dioffer untuk menyambung diperingkat Master. Memang seronok kot bila kita dioffer untuk menyambung diperingkat yangg lebih tinggi. Kalau ditanya sesiapa jee mesti korang akan merasa dengan apa yang patik rasa.

Bila dah merasa sendiri time dah sambung Master ni, gambaran seperti diatas telah patik merasa. berkejar dengan due date, kene brain wash, kena marah oleh penyelia dan sebagainya telah menjadi asam garam. Semua patik dah merasa, tapi itu semua untuk kebaikan patik juga. Apa yang penyelia patik ingin, akan cuba patik perolehinya. Lumrah kepada sesiapa yang enyambung pengajian diperingkat Master dan PhD. Tak caye korang bole laa tanya diorang yang menyambung pengajian keperingkat ini.

Bagi patik yang menyambung dalam bidang penyelidikan ni, apa yang kita harapkan kadangkala tak akan dapat. Sebagai contoh kita berharap supaya penyelidikan kita mendapat jawapan A, tapi lepas kita buat kita tak dapat jawapan seperti yang kita anggap. memang agak tekanan sebab kita perlu menjawab dengan penyelia kita kenapa benda ni terjadi. Jadi, kita kena mencari kenapa, kenapa dan kenapa.

Tapi bila tengok ilustrasi kartun ni agak lawak laaa dan mungkin ini yang patik akan merasa nanti. Hehehe. Diakhirnya itu laa 'disana' nanti penyelidikannye. Tak pe laaa, yang penting patik nak habiskan apa yang telah patik pilih ini. Pilihan yang terbaik atau tidak semuanya mesti ada hikmah yang hanya 'DIA' lebih mengetahui. Semoga menjadi yang terbaik buat patik.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Terlalu cinta

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Luka parut yang akan hilang

Sakit disebabkan cedera luaran insyaAllah boleh baik, tapi sakit cedera dihati memang akan meninggalkan parut yang dalam. Begitu laa ungkapan yang bole patik luahkan bilamana patik terdengar bait-bait lirik dari single terbaru SUKI OIAM. Single terbaru bertajuk 'Terlalu Mencintaimu' ini adalah buah tangan terbaik buat Suki yang seperti kita sedia maklum yang Suki ini adalah artis bukan melayu yang sungguh fasih berbahasa melayu. 

Patik suka dengan lirik yang sungguh jelas maknanya bila sesorang yang begitu menghargai cinta yang diberikan tapi akhirnya dirtinggalkan. memang perit, tapi itu lah sebuah perhubungan yang mungkin akan berlaku sedimikian. 

Sebelum mengakhiri penulisan patik ni, patik tinggalkan lagu dari single terbaru Suki- Terlalu Mencintaimu.




-Ahmad Fauzi Aryaan-

Saturday, June 2, 2012

Kukuhnya ikatan dua keluarga

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Lukisan yang ditempah khas

Banyak sungguh jemputan bila tiba time cuti sekolah. Ada yang melangsungkan perkahwinan dan ada juga yang melangsungkan majlis pertunangan. Alhamdulillah patik juga banyak menerima jemputan tersebut termasuklah jemputan majlis pertunangan sepupu patik.

Bertempat di Taman Pelangi Semenyih, majlis tersebut telah menggabungkan 2 buah keluarga iaitu dari pihak lelaki dan juga pihak perempuan. Patik mewakili pihak lelaki turut serta dalam majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah sebagai menerima kehadiran kali semua, yang datang dari Banting Selangor (tapi patik dan family mai dari Bandar Baru Bangi jee). 

Perbincangan berkenaan tarikh untuk berlangsungnya majlis disebelah perempuan dan lelaki serta jumlah wang hantaran juga dibincangkan dan insyaAllah majlis semuanya akan berlangsung selepas raya nanti.


Berkonsepkan hijau daripada pihak lelaki dan pink biru daripada pihak perempuan untuk segala barangan hantaran menjadikan hantaran tersebut kelihatan berseri-seri.




Majlis menyarungkan cincin telah dilakukan oleh nenek kepada pihak lelaki. Cantik manis pihak perempuan dengan duduk pelamin mini yang dibuat khas.




Semoga majlis pernikahan dan walimatul urus dikedua-dua belah pihak akan berjalan dengan lancar hendak-NYA. Patik doakan yang terbaik untuk kali berdua. Terima kasih diatas jemputan yang diberikan. Lain masa kita berjumpa lagi yeee sesupu sepapat patik semua.

Sekian buat kali ini. Banyak lagi jemputan yang perlu patik hadiri esok insyaAllah. Jumpa lagi dilain siaran. Assalamualaikum.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Bila Nafisah Aryaan cuba membantu

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Adat laaa kalau dah duduk rumah tak buat pape, patik lebih suke membuat kerja rumah seperti menyidai baju menolong mak kat dapur dan ape-ape jee laaa. Janji masa patik kat rumah terisi dengan benda-benda yang best. So ape kaitan Nafisah Aryaan dengan penulisan entri patik kali ni. Siapa Nafisah Aryaan didalam entri patik ni??? Haa nantikan sehingga habis penulisan patik ni.

Ada sesuatu yang kembung-kembung disitu
Baiklah untuk aktiviti bila time petang, patik akan melakukan kerja melipat baju bilamana baju yang disidai pagi tadi telah pun kering.Kerja melipat baju adalah benda yang patik suka. Tapi part menyidai baju, ya ampuuuuunnn maleh nye laa hai rasa. 

So kalau kita dah suke sesuatu kerja tu mesti ada laa yang cuba mengganggu apa yang sedang kita lakukan. Siapa yang cuba menggangggu patik melakukan aktiviti sihat ini??? Ni laaa dia.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
\/

Kerenah seekor kucing

Nahhh tu dia Didi Diazora Nafisah Aryaan a.k.a baby, kucing belaan kesayangan patik dan family patik yang suke mengganggu kerja-kerja melipat baju ni haaa. Baju yang dah sedia nak dilipat akan digumpal-gumpal dulu oleh beliau. Kasi pujuk rayu sikit, tarik-tarik sikit baru laa dapat dilepaskan baju patik ni haaa. Ishhh geram benor laaa patik tengok gelagat kucing sekor ni. Rasa macam nak piat-piat jeee telinga capang kucing ni laa.

Aktiviti mengganggu diteruskan

So sambil melipat baju , sambil tu laaa patik melayan Nafisah Aryaan ni haaa. Ini laaa Nafisah Aryaan, kucing belaan kami sekeluarga. Seronok melayan perangai dia. Lepas gak laaa tension bila melihat kerenah Nafisah Aryaan.

Sekian entri santai untuk hari sabtu. Selamat bercuti buat semua pembaca Blog Ahmad Fauzi Aryaan. Jumpa lagi dilain cerita. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Friday, June 1, 2012

Qasidah bukan nama seorang wanita

Assalamualaikum &salam sejahtera semua.

Kumpulan Qasidah Tahfiz

Korang tau tak apa dia qasidah???? Qasidah ni adalah seperti syair yang amat popular di negara timur tengah. Qasidah ni adalah syair yang memuji-muji dan mengucapkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW. 

Nahhhh tiba-tiba patik menjadi ala-ala pak ustaz untuk entry kali ni plk yee. Sebenarnya bukan ape. Patik hanya ingin berkongsi apa yang berlaku semasa patik menghadiri majlis cukur jambul di kampung patik yang terletak di Banting Selangor. 

Seperti kebiasaannya majlis cukur jambul kita hanya akan mendengar alunan ayat-ayat dari berzanji saja. Tetapi kelainan untuk majlis kali ini adalah kehadiran kumpulan Qasidah dari sebuah sekolah tahfiz di Banting, Selangor membuatkan majlis cukur jambul cucu pakcik patik dirumahnya agak meriah.


Kumpulan yang mendendangkan qasidah

Kumpulan ini terdiri daripada kumpulan yang hanya bersyair menyanyikan lagu-lagu puisi tetapi juga sebuah lagi kumpulan yang akan bermain alat muzik yang dibawa bersama. Bagi patik, qasidah ni serupa dikir barat dimana siketua akan mendendangkan qasidah dan kemudian ianya akan diikuti oleh rakan yang lain. Cuma tiada pergerakan seperti dikir barat laa ye.

Kelainan yang selalu dilakukan, sehabis saja majlis berzanji tidak ada apa-apa lagu yang dimainkan. Tatapi kali ini, selepas majlis berzanji, lahu-lagu qasidah akan dimainkan.


Kumpulan yang bermain alat muzik

Sebenarnya ini adalah kali pertama patik melihat kumpulan yang menyanyikan qasidah. Memang sedap, merdu dan mendayu-dayu jeee dengan ayat-ayat suci. Sepupu sepapat patik yang lain pun memuji dengan kumpulan ini. Mungkin kelainan ini akan membuatkan anak muda akan lebih rasa dekat dihati mereka disebabkan adanya alat muzik yang mengiringi dendangan qasidah tersebut.

Apa yang boleh patik kata, remaja-remaja dari sekolah bukan saja menghafal ayat-ayat al-quran, tetapi mereka didedahkan dengan aktiviti luar selain bercampur dengan masyarakat sekeliling seperti menghadiri majlis seperti ini. Semoga anak-anak muda ini akan terus dalam menjadikan agama sebagai utama kerana patik melihat anak muda remaja kini dah jauh menyimpang. 

Sekian buat kali ini. terima kasih diatas kunjungan dan perhatian korang kat blog patik ni. Semoga perkongsian patik ni boleh menambah sedikit informasi untuk korang semua. Dan akhir sekali patik tinggalkan korang dengan contoh qasidah yang pernah patik dengar sebelum ini.




-Ahmad Fauzi Aryaan-

Sebuah penghargaan

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.



Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa pengelola Malaysian Nuclear Science, Technology & Engineering Conference 2012 (NuSTEC2012) diatas peluang yang diberikan kepada patik dan rakan patik untuk menjadi sebahagian daripada majlis tersebut. Majlis pelancaran Hari Nuklear negara 2012 telah selamat dilancarkan pada 21 Mei 2012 tempoh hari di TNB Research Kajang, dimana patik dan rakan patik telah diberikan mandat untuk mengacarakan majlis tersebut.

Alhamdulillah dengan sedikit pengalaman dalam mengendalikan sebelum ini, patik dan rakan patik berjaya menyelesaikan tugasan tersebut dengan jayanya. Juga berkat bantuan daripada kawan-kawan dalam menyokong kami serta Dr. Ahmad yang sentiasa menjaga (mengambil berat) patik dan teman patik sebelum majlis berlangsung. Betapa penting nya seorang juruacara itu dalam sesebuah majlis, begitu besar tugasan yang diberikan dekat kami.




Sijil yang diberikan ini sebagai sebuah penghargaan daripada pihak mereka kepada kami berdua dalam erti kata lain ucapan terima kasih daripada pihak mereka kepada kami. Terima kasih patik ucapkan diatas penghargaan ini. Patik akan gunakan sijil ini sebagai bukti kegiatan luar patik bukan saja di UiTM malah bakat patik sedikit ini telah dibawa keluar dari UiTM itu sendiri. UiTM laaa yang banyak menjadikan patik insan yang sebegini rupa.

Akhir kata, terima kasih kepada semua yang menyokong dan memberi kata-kata perangsang sepanjang penglibatan patik didalam bidang pengacaraan ini. (ayat nak meletopp)

Sekian buat kali ni. Jumpa lagi dilain entri yee. Mai laa lagi untuk entri akan datang ok.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Thursday, May 31, 2012

Buku merah dah tersedia

Assalamualaikum & salam sejahtera.




Hari ini jee patik dah selesaikan banyak kerja kat Shah Alam. Antaranya patik siap menyinggah Jabatan Imegresen Malaysia yang terletak di tingkat 2 Kompleks PKNS Shah Alam. Buat ape laa ek patik nak terhegeh-hegeh kesana. Nak kate patik ade pembantu rumah pun tak juga. Nak kate nak amek pembantu rumah, pun belum tentu nak mampu. Heheheh.

Yang sebenarnya patik ke Jabatan Imegresen Malaysia tu adalah berkenaan ini haaa. 

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
\/




Yeayyyy buku merah dah  ada dalam tangan. Ada sebab patik buat buku merah ni yang sebenarnya. Pada yang dan mengetahui tu, yesss patik akan pergi jauhhhhh nun disana plus bole laaa plan berangan nak g jauh. Heheheh. Hanya dengan membayar RM100 jee patik dapat buku merah ini dengan tempoh tamat selama 2 tahun. 

Sebenarnya patik pun tak tahu dulu-dulu berapa yang perlu kita bayar untuk membuat pasport ni. Dan yang patik pasti kalau nak buat pasport ni mesti mahal gile laaa. Tibe-tibe patik dapat tahu ade satu musim tu, kos membuat pasport telah diberi sebanyak RM100 untuk tempoh 2 tahun. So sejak dari tu, ramai laaa kawan-kawan patik dok berangan nak buat dan sekarang ni pulak time patik untuk membuat buku merah ni. So lepas laaa kalau tetibe berangan nak keluar dari Malaysia ni.

Dan rupa bangla jual karpet jee patik tengok

So lepas ni proses nak siapkan visa pulak laaa. Sedang menunggu bajet yang seterusnya untuk masuk kedalan akaun bank patik. Semoga perjalanan jauh patik ni akan dipermudahkan dan diberkati. Ni patik nak berjalan bukan sebarang jalan yee korang. Patik jalan dengan tujuan yang besar. Cewaaaahhh.

Rasanya sekian saja buat kali ni. Terima kasih diatas kunjungan korang kat blog peribadi patik ni. Ade cerita lagi nanti patik update lg ek.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Kisah budak kampung

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.

Lumrah bagi anak kampung seperi patik melakukan kerja-kerja kampung seperti berkebun, memanjat pokok (yang tak terlalu tinggi) dan sebagainya. Aktiviti kerja kampung ni akan patik lakukan bila patik pulang ke kampung patik yang terletak di Kampung Sungai Lang Baru, Banting, Selangor. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 45 minit memandu agak biasa buat patik yang sering pulang kesana bila ada majlis berlangsung.




Bila balik jee kampung mesti ade benda yang bole dilakukan dan yang terbaru patik telah berjaya mengendalikan suatu benda yang digunakan untuk mengupas kelapa. Gambar diatas ni adalah rupa benda untuk mengupas kelapa yang dipanggil MATA KOPEK. Bentuk mata kopek ini adalah seperti tombak tetapi ianya lebih rendah dan disambung dengan sebatang kayu dan kemudian dicucuk kedalam tanah. Sebenarnya mak pak patik jee yang selalu buat benda ni semua. Patik hanya melihat jee.

Proses mengopek kelapa ini memerlukan fokus yang tinggi dan elakkan dari bergurau senda semasa proses mengopek kelapa. Ini untuk mengelakkan dari diri kita menjadi mangsa tikaman dek mata kopek ini.



Cara mengopek kelapa dengan menggunakan mata kopek ini memang mudah. Korang hanya perlu mencucuk sabut kelapa kepada mata kopek tersebut sehingga tembus. Kemudian dengan menggunakan tenaga yang ada, korang kena menolak sabut kelapa tersebut supaya tanggal antara kelapa dengan sabutnya. Berhati-hati semasa menolak sabut, takut-takut tertikam dek mata kopek tu. Patik jee kalau buat ni 'confirm' laaa banjjir dek peluh jantan yang mencurah-curah. Tapi best bila peluh keluar. Sihat jee rasa.

Untuk yang baru pertama kali cuba macam patik, memang masa yang diambil ni agak lama. So korang kena laa sabar yee. Adat laaa pertama kali.




Nahhhh cukup laaa sekadar 10 biji dan kalau tengok bab berpeluh tu, baju yang patik pakai tu dah bole nak dibuat perah. Gile tak gile laaa. Bila dan selesai semua proses mengopek kelapa, sabut yang terhasil lepas pengasingan tu tak tahu laaa nak dibuat ape.




Bagi sesetengah orang, sabut kelapa ni akan digunakan sebagai bahan camupran bagi pokok orkid dan tanaman lain. Ade sesetengah peniaga kuah bakar ataupun bahulu menggunakan sabut kelapa sebagai bahan bakar kerana bau yang dihasilkan oleh sabut kelapa ini adalah lebih wangi berbanding kayu api biasa. Tapi kalau dah tak de sape-sape yang nak, sabut ini patik buangkan jee kat dalam pembakaran sampah. Lepas tu bole laa bakarnya. Tak pun kalau rajin patik jadikan bahan bakar untuk aktiviti BBQ. yihaaa..

Haaa itu saja lah kisah budak kampung patik untuk kali ni. Terima kasih diatas kunjungan korang kat blog patik ni. Laen kali patik cerita lagi. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Wednesday, May 30, 2012

Cameron Highlands dalam kenangan

Assalamualikum & salam sejahter semua.


Berlatarbelakang Ladang Teh Bharat

Korang pasti mesti pernah ke Cameron Highland kan???? Agak mustahil bila ade antara kita yang tidak pernah kesana. Nahhhh tetibe jee patik bertanyakan perihal Cameron Highlands kat korang ni kenape??? Hmmm yang sebenarnya patik terlalu rindu nak kesana lagi laa selepas agak lama tidak kesana.

Apa yang korang perhatikan kat gambar patik tu, itu adalah bukan pakaian yang elok untuk berjalan-jalan makan angin. Ini adalah pakaian dimana patik bekerja sepanjang berada di Cameron Highlands. Bekerja?? Ye laa patik kan agak kerap turun ke Cameron Highlands adalah kerana membantu kawan patik yang sedang membuat kajian Master beliau dikawasan Ladang Bharat Teh mengambil sample tanah disana.

Pengalaman memang seronok. Sambil bekerja, sambil tu laaa bole menghirup udara segar yang sejuk. Dah laaa PERCUMA yee. Sekali lagi patik ulang ianya adalah PERCUMA sepanjang patik kesana.Hanya tenaga keringat patik jee digunapakai sepanjang disana. Tapi semuanya dah berakhir bila kerja-kerja mengambil sample disana dikatakan dah tamat dan perasaan rindu mula menerjah jiwa tatkala melihat gambar kenangan lama.

Semoga kenangan lama akan patik temui lagi dimasa depan bersama teman-teman terdekat. InsyaAllah.

Terima kasih diatas kesudian korang berjunjung ke blog patik ini. Jumpa lagi dilain entri yee.

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Lelaki dan Merah Jambu

Assalamualaikum & salam sejahtera semua.


Koleksi peribadi

Yeszaaa kombinasi hitam dan merah jambu adalah cantik bagi patik. Kerana itu patik kadang kala mengenakan warna berkenaan ke fakulti semasa patik berkhidmat di pejabat siswazah. Benar orang kata bila kita ingin menggayakan sesuatu, kita kena YAKIN dengan penampilan kita. Baru laaa apa yang kita kenakan itu akan menyerlah dan bagaikan IN jeee dengan keadaan.

Patik rasa dikalangan kawan-kawan terdekat patik, patik adalah insan yang gemarkan sesuatu yang 'pelik'. Mungkin patik suka menjadikan diri patik ni bahan 'tatapan' orang kot. Jadi dengan itu patik cuba menjadikan diri patik sesuatu 'lain' dikalangan mereka.

Ada juga kawan-kawan patik yang berseloroh-seloroh manja mengatakan warna merah jambu ini adalah warna 'kegemaran' patik kerana dalam koleksi kemeja patik je, patik ade 2 helai kemeja merah jambu. Patik tidak melenting dengan telahan mereka. Lain orang lain cita rasanya dan patik juga tidak bole membuat mereka suke dengan apa yang patik gayakan.

Sebenarnya untuk menjadikan kita seorang yang berani kedepan, kelainan yang tidak pernah dibuat oleh orang lain juga kadang kala bole membantu. Ini juga apa yang patik rasakan bilamana patik memang suka benda-benda yang menjurus kearah sesuatu yang menonjol seperti menjadi ketua dalam sesuatu program, menjadi pengacara majlis, menjalani uji bakat sebagai pembaca berita dan sebagainya. Patik pun tidak tahu adakah ini secara semula jadi atau pun 'terpaksa'. Tapi patik seronok dengan semua ini. 

Tidak salah rasanya kita sebagai lelaki mencuba sesuatu yang diluar lingkungan kotak selesa kita. Yang penting kita YAKIN dengan apa yang kita bawakan. Mulut orang, mana mampu kita tutup. Hanya mampu melihat mereka kembali dan melemparkan senyuman yang ikhlas. Itu lebih mulia. 

Sekian sahaja perkongsian peribadi dari patik. Segala perkongsian ini hanya lah dari sudut pandang patik Bukan bertujuan untuk menujukan kepada sesiapa. Terima kasih kepada semua yang berkunjung ke Blog Ahmad Fauzi Aryaan. Semoga perkongian ini membawa manfaat kepada semua. 

-Ahmad Fauzi Aryaan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...